PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Cybersecurity Lifelong Learning : Bagaimana Akaun Bank Anda Dicuri Tanpa Sedar

7 Mei 2026 – Webinar khas Cybersecurity Lifelong Learning bertajuk “Bagaimana Akaun Bank Anda Dicuri Tanpa Sedar” telah berlangsung di NADI Kampung Leban Condong dengan penyertaan seramai tiga orang peserta.

Sesi webinar yang diadakan dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang ini memberi pendedahan berkaitan teknik penipuan scammer, risiko penggodaman akaun bank serta langkah keselamatan yang boleh diamalkan bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan. Peserta turut menunjukkan minat yang baik sepanjang sesi berlangsung dengan mengikuti perkongsian dan penerangan yang disampaikan secara dalam talian.

Berita Berkaitan