MEMBIN
A MENTALITI JUARA: MENGHADAPI KEMENANGAN & KEKALAHAN E-SUKAN
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina mentaliti juara dalam bidang e-sukan. Peserta didedahkan dengan cara mengurus emosi, menerima kemenangan dan menghadapi kekalahan secara positif serta menjadikan setiap pengalaman sebagai peluang untuk memperbaiki diri.
Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan keyakinan diri, semangat berpasukan, disiplin dan sikap profesional dalam menghadapi persaingan. Diharapkan peserta dapat mengamalkan nilai kesukanan yang baik serta terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang e-sukan dan kehidupan seharian.



